wit luv

welcome to my blog, feel free to comment below or email me tenggilings@yahoo.com

Wednesday, December 29, 2010

Jantan dayus memukul wanita makin ramai kat KL ni!!!!

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah terkedu apabila seorang lelaki tiba-tiba mengamuk dengan menumbuk tangan dan menendang kenderaannya gara-gara tidak berpuas hati selepas mangsa terlanggar keretanya.
Difahamkan, lelaki berusia 40-an terbabit tidak dapat mengawal kemarahannya selepas keretanya dilanggar.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.25 tengah hari, 20 Disember lalu, mangsa, Wong Lai Yee, 43, memandu Hyundai Sonata berhampiran Ampang Point, di sini, sebelum terlanggar sebuah kenderaan lain yang dipandu seorang lelaki.
Lai Yee berkata, bampar hadapan sebelah kanan keretanya bercalar manakala kereta lelaki terbabit calar di bahagian sama.

Menurutnya, selepas memberhentikan kenderaan, lelaki terbabit keluar dan berjalan ke arahnya yang ketika itu berada di luar kereta.

“Saya pada mulanya ingin berbincang untuk membayar ganti rugi, tetapi belum sempat berbuat demikian, lelaki terbabit marah dan menumbuk lengan kanan saya hingga lebam.

“Lelaki itu menendang pula pintu depan bahagian pemandu kereta saya hingga kemek,” katanya ketika hadir ke Biro Pengaduan Awam MCA di Wisma MCA, di sini, semalam.

Katanya, anaknya yang ketika itu merakam kejadian terbabit menggunakan telefon bimbit bagi tujuan membuat laporan polis diugut akan dipukul jika tidak masuk ke dalam kereta.

“Dua anak saya yang takut masuk ke dalam kereta.

“Selepas puas memarahi saya dan anak-anak, lelaki itu meninggalkan kami. Saya yang bimbang keselamatan diri membuat laporan di Balai Polis Ampang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, beliau akan menghubungi Ketua Polis Ampang untuk membincangkan masalah samseng jalanan seterusnya mencari jalan mengatasinya. “Mangsa juga boleh membuat tuntutan insurans bagi membaiki kenderaannya. Pihaknya menyerahkan kes ini kepada polis untuk menyelesaikannya,” katanya.

sumber:harian metro

ni sorang lagi lelaki bangang!!!!ntah2 lelaki yg same belasah aku arituh...da la kat area ampang jugak...dulu aku lepas flyover ampang point n nyonya ni sebelum flyover tuh...kete ko calar je pun..depan budak2 lg plak tuh, xtau malunye nye jantan bangang!

0 comments:

Post a Comment