wit luv

welcome to my blog, feel free to comment below or email me tenggilings@yahoo.com

Tuesday, December 21, 2010

kanser???mmg ade dlm salasilah keluargaku...

sebelum ni byk bace pasal pesakit kanser tp aku xamik berat sgt tp pas bace blog mama ayim n few other cancer fighters blog, tetibe aku terasa takut...kanser...hmmmmm, bukan sesuatu yg ganjil sgt dlm family besar kami..mmg ade sepupu aku belah my daddy yg meninggal sbb 'mende' tuh...so sbb aku yg paling byk ikut bapak aku, maka aku kena lebih berwaspada..

aku ade bace yg buah durian belanda sgt bagus tuk mencegah kanser, tp mcm susah dah nak jumpe buah tuh skrg ni..+ aku xla suke sgt mkn buah tuh...aku lg suke kiwi n anggur dr segala buah...

buat yg xkenal durian belanda tuh, gambo mcm kat ats ni adalah buah durian belanda yer...or englishnyer soursop!!

pics credit to uncle google & tuan punyer gambo yg aku xtau sape...


ni few info yg aku cedok tuk bacaan kite bersama:

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. 

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’.Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. 

Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
  1. Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
  2. Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
  3. Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
  4. Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
  •  Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
  • Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
  • Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
 credit to sumber: anizam agrofarm

Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin.

credit to sumber: pakarhowto  

Merupakan sejenis tumbuhan tropika yang berasal daripada amerika tropika dan diperkenalkan ke asia tenggara oleh orang-orang sepanyol.Daunnya berbentuk ringkas dan tersusun secara berselang seli pada rantungnya.daunnya berukuran 5.5-18 cm X 2-7 cm.Bunganya berwarna hijau pada mulanya dan berubah menjadi kuning pucat apabila mekar.Buahnya di litupi oleh duri yang lembut, berwarna hijau dan berukuran 15cm-35cm X 10-15 cm. Ia mempunyai biji yang banyak dan berwarna hitam serta dilindungi oleh cengkerang biji yang keras. daunnya mempunyai bau yang agak busuk dan digunakan oleh masyarakat melayu dan india untuk menghalang gangguan makhluk halus.Tumbuhan ini membiak melalu keratan batang dan biji benih.
Putiknya digunakan oleh masyarakat melayu untuk mengubati cirit birit dan berak berdarah. Di Indonesia daunnya yang dihancurkan digunakan untuk merawat bisul dan daunnya yang dikeringkan digunakan untuk membunuh serangga. Air rebusan daunnya digunakan untuk mengeluarkan cacing dari usus. Di Malaysia, terdapat persediaan herba dalam bentuk cecair yang menggunakan daun durian belanda yang digunakan untuk merawat athritis, batuk dan demam.Demah atau tuam(poultice) yang menggunakan serbuk dari daunnya yang dikeringkan digunakan untuk menghilangkan radang dan merawat penyakit kulit. Di Filipina batangnya yang muda digunakan untuk merawat luka dan menghentikan pendarahan.Air rebusan daunnya digunakan untuk berkumur bagi merawat ulser mulut dan menyembuhkan luka.Divietnam pula daunnya digunakan untuk menangani masalah kerungsingan.
credit to sumber: melur

conclusion yg kite leh buat, sila la tanam pokok ni kat depan umah tuh dr tanam pokok bunga kertas yg semak tuh..hikhikhikhikhik...daddy, ari sabtu jom kite g pasar tani, cr benih durian belanda n tanam kat kebun daddy tuh...sok2, senang anak beranak kite...

0 comments:

Post a Comment