wit luv

welcome to my blog, feel free to comment below or email me tenggilings@yahoo.com

Friday, December 17, 2010

perlu ke keadaan begini di parlimen??

Berdedai keluar dewan

HARI terakhir persidangan Dewan Rakyat yang tamat semalam kecoh apabila wakil pembangkang yang membantah pembentangan usul penggantungan ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana cubaan mengelirukan dewan dengan mengeluarkan kenyataan tidak benar.
Sebaik usul terbabit diluluskan, Anwar terus melangkah keluar dikuti beberapa anggota pembangkang sebelum semua 77 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu meninggalkan dewan sambil mengeluarkan kad tertera perkataan tertentu antaranya, ‘Rule of Kangaroo’, ‘Kangaroo Court’, ‘Dewan Umno’ dan ‘BN sokong APCO’.

Semua kad terbabit ditayang kepada umum tanda tidak puas hati, malah mereka berteriak menuduh Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak adil, mempunyai kepentingan tertentu dan tidak layak mempengerusikan majlis berikutan kecenderungan menolak usul dibawa anggota pembangkang tetapi meluluskan usul menteri.
Sambil merujuk usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggantung R Sivarasa (PKR-Subang), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) selama enam bulan, berikutan dikemukakan tanpa notis selama tujuh hari.

Usul gantung tiga Ahli Parlimen itu dibacakan Mohamed Nazri sebelum diluluskan Pandikar Amin selepas hanya Ahli Parlimen Barisan Nasional membahaskannya secara tenang tanpa gangguan ‘celahan’ anggota pembangkang (yang sudah keluar dewan).

Kekecohan mula-mula tercetus apabila Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangun mempersoalkan keputusan muktamad Pandikar Amin menolak usul dibawanya ke atas Menteri Kerja Raya dibawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) yang menurutnya Menteri cuba mengelirukan dan memperdaya dewan.

Beliau menuntut untuk membaca surat (penjelasan) dikemukakan Menteri Kerja Raya kepadanya, namun ditolak Pandikar Amin atas alasan sudah menelitinya dan kesuntukan masa serta perlu meneruskan Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul.

Penjelasan Pandikar Amin supaya Khalid membawa usul berasingan sekiranya tidak bersetuju dengan keputusannya juga tidak diterima Ahli Parlimen itu tidak diterima, malah beberapa anggota pembangkang lain turut bangun mengutarakan Peraturan Mesyuarat sebagai menyokong ‘tuntutan keadilan’ Khalid. Antaranya, Azmin, Datuk Mahfuz Ali (PAS-Pokok Sena), Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau), M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) termasuk sokongan kuat Anwar dan Karpal.

Api kemarahan Ahli Parlimen pembangkang ‘meluap’ apabila Pandikar Amin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang membicarakan kes Anwar-Apco dengan tenang membiarkan kekecohan berlanjutan namun sesekali mencelah, “keputusan saya muktamad“.

Apabila ‘integriti Pandikar Amin disentuh pembangkang, malah turut menaikkan kad manila card, anggota Parlimen Barisan Nasional mula menyerang balas dengan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) berkata, “pembangkang sengaja melengah masa” dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) menyuruh persidangan diteruskan.

Cuba mengakhiri kekecohan, Pandikar Amin memberi kata dua, sama ada Ahli Parlimen mahu membahaskan usul penggantungan Anwar atau terus mengundi untuk meluluskannya, namun wakil pembangkang terus melaungkan ‘undur’ dan ‘zalim’ ke arah Pandikar Amin.

 sumber: harian metro

 
aku xsokong mane2 sbb aku xtau situasi sebenar yg berlaku tp camne nak bela kepentingan kita klu dorang asik nak bergaduh???xde faedahnye kat kite pun, dorang xkisahpun sbb memasing nak jaga kepentingan memasing..kite ni???ape yg kite dpt???jgn saman saya sbb pandangan peribadi saye ni...hikhikhik

0 comments:

Post a Comment