wit luv

welcome to my blog, feel free to comment below or email me tenggilings@yahoo.com

Friday, January 7, 2011

atok raya da xde!!

td bace kat mstar, yg penyimpan mohor besar a.k.a atok yg dok kat kusi time nak umum puasa n raya tuh da nak bersara pas menyandang jawatan tersebut selama 22tahun...patut la aku rase dr kecik aku menggilai beliau di malam raya...giler xsabar nak tgk muke atok tuh...padahal xsabar nak raya kan???oh,sedih..pasni xde da la muke atok yg ku gilai ini...dlm keadaan duduk disofa yg tiap2 taun sama tuh, dgn muke selamba beliau berkata, "raja-raja melayu sudah memutuskan bahawasanya raya pada tahun ini jatuh pada......"


berita lanjut kat bwh yer...

Syed Danial Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Baru

KUALA LUMPUR: Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini.

Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bersara pada Jumaat setelah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Sabtu Awab berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.

"Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lepas," katanya kepada Bernama pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini, Khamis.

Sabtu berkata Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun. Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.

Engku Ibrahim, 79, merupakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu. - BERNAMA

sumber:mstar online


apepun, saya doakan ALLAH memberi beliau kesihatan yg baik dan semoga beliau dirahmati dan diingati selalu walaupun da bersara...jasamu tetap ku kenang atok!!mau xingat, dr kecik dok tengok muke atok ni...

0 comments:

Post a Comment