Penagih Internet bunuh anak
Kejadian di bandar Cheonan itu adalah yang ketiga membabitkan masalah ketagihan permainan video Internet dilaporkan di Korea Selatan.
Dikenali hanya sebagai Kim, polis berkata, wanita itu menghabiskan masa sehingga 10 jam sehari bermain video sehingga segala kerja rumah dan tugas menjaga dua anaknya diabaikan.
Seorang jirannya berkata, keadaan dalam rumah Kim, 27, tidak ubah seperti tempat pembuangan sampah.
Kadang-kadang, katanya, anak Kim menangis sehingga berjam-jam tetapi masih gagal mendapat perhatian wanita terbabit.
Menurut polis, Kim membelasah anaknya dan mencekik anaknya yang baru berusia tiga tahun itu kerana budak terbabit kencing di lantai.
Perbuatan budak itu, kata polis, dianggap Kim mengganggu tumpuannya kepada permainan di komputer.
“Kim bengang kerana baru saja mahu berehat selepas berjam-jam di depan komputer apabila budak terbabit kencing,” katanya.
Selain mangsa, seorang lagi anak Kim baru berusia setahun.
Selepas membunuh budak itu, Kim membiarkan mayat berkenaan selama tiga hari sebelum iparnya mendapat tahu dan memaklumkan kejadian itu kepada polis.
Menurut sumber, selain berjudi, Kim leka menguruskan ‘haiwan maya’ di Internet. - AFP
sumber: harian metro
Masyallah...nilah akibat xleh nak seimbangkan fantasi dgn realiti..apa lah sgt salah budak kecik tuh sampai dibelasah sebegitu?uruskan lah rumah tuh dulu, pastuh ko nak main game dr pg sampai mlm pun xpe..sengal tul!!
0 comments:
Post a Comment