petikan harian metro 23/11/2010
BUKTI…Yati menunjukkan kecederaan yang dialami.
KUALA LUMPUR: Berkali-kali saya minta maaf daripadanya tetapi dia tak hiraukan dan terus menendang saya, kata seorang eksekutif pentadbiran yang menjadi mangsa buli jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Ampang di sini, semalam.
Lebih trauma apabila doktor mengesyaki buah pinggang wanita berusia 26 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Yati itu mungkin rosak akibat tendangan lelaki berusia 30-an terbabit.
Semuanya bermula ketika Yati menunggang motosikal untuk ke tempat kerja dan ketika tiba di Jalan Ampang kira-kira jam 10 pagi, kenderaannya bergesel dengan motosikal lelaki terbabit.
Saya berjaya mengawal motosikal dan tidak terbalik, tetapi saya lihat lelaki berkenaan terjatuh di atas jalan raya menyebabkan saya berpatah balik untuk melihat keadaannya, katanya kepada Harian Metro.
Yati berkata, ketika bertanya keadaannya sejurus tiba di lokasi kejadian, lelaki terbabit terus bangun dan menendang motosikalnya hingga terbalik.
Akibatnya saya terjatuh bersama motosikal dan lelaki terbabit terus meluru serta menendang saya berkali-kali. Saya berjaya bangun semula dan meminta maaf tetapi dia terus memukul saya terutama di bahagian pinggang, katanya.
Dia bernasib baik apabila beberapa pengguna jalan raya berhampiran tempat kejadian segera bertindak menenangkan lelaki itu sebelum polis, ambulans tiba dan membawa kedua-dua mereka ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Saya tahu saya bersalah sebab cuai ketika menunggang motosikal sehingga bergesel dengan motosikal lelaki itu, tetapi kecederaannya hanya sedikit, di bahagian siku saja dan dirawat sebagai pesakit luar di HKL, katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman mengesahkan laporan kes itu.
sumber: harian metro
sumber: harian metro
Thanks to Shamsul Munir Safini and Suraya for the news.
Berita ni, agak terlebih sedikit yer tp aku xsalahkan reporter tuh, die wat keje die...tp klu nak tau cerita sbnr, leh check post aku sblm ni kat sini
Moga berita ni menjadi iktibar kepada org lain & kepada pemandu or penunggang wanita di luar sana, as Auntie Sahara message to me and advise dr ramai org lain, lain kali klu da terbabit dgn accident, trus gerak g balai..xyah tlg org tuh or anda akan jadi cam saya..sbb kite perempuan, org akan ambil kesempatan atas kita..
Biar kena saman dgn polis, dr menanggung sakit & trauma macam saya.!!!
kepada En. Abdul Rashid Arippin, saya harap pakcik dapat berubah & tidak terlalu emosi..sepatutnya, dgn profession pakcik sebagai seorang tentera, perkara ini xsepatutnya berlaku!
klu pakcik, budak muda, saya masih buleh maafkan sbb budak, akal xpanjang tp pakcik dah TUA!!!!!sepatutnya menggunakan akal sebelum bertindak...bukankah training dulu ada diajar...klu de musuh negara menyerang, pakcik terus serang je ke tanpa merangka strategi dulu???klu pakcik jd komander tentera, gamaknya ramai la tentera m'sia yg mati sia2 sbb dek emosi pakcik tuh..
p/s: PEACE no WAR tp maksud name saya peperangan!!!motif????
0 comments:
Post a Comment