wit luv

welcome to my blog, feel free to comment below or email me tenggilings@yahoo.com

Friday, November 26, 2010

Curry Puff

mende ni aku bljr dulu time tgk kat blog mat gebu yg glamer tuh..excited nak try sbb senang giler kan.

first time nak cr puff pastry tuh dulu cam naik gile la aku dok pusing2 kat frozen food area kat TESCO & JUSCO tuh..yelah xpenah tgk mende tuh dlm pack kan padahal mende tuh depan mate je pun,  berjiran dgn spring roll. Tp skrg aku da expert, da tau mane nak cari walaupun dorang sorokkan..hikhikhik

dulu aku rajin je wat mende ni tp skrg malas..hehehehhe..one day tuh, aku balik dr opis, daddy da siap wat inti karipap, aku ingat die nak wat karipap la kan, skali daddy ckp die nak wat cam aku yg wat. xnak karipap goreng tp nak yg bakar cam kat bakery tuh!!!die amik tepung & suh aku buat..memula blur gak aku, pastu br aku tau die maksudkan yg ni la..sambil nak tergelak aku bgtau daddy, aku ade 1 rahsia..sbnrnye, kulit puff tuh aku beli n design kan je..xyah uli2..penat...ahakssss...rupenye dorang sume tertipu, sbb dorang ingat aku pandai uli dan bile bakar puff tuh sgt rapuh & sedap. Skrg mende tuh da jd mende wajib de dlm freezer umah aku!

CURRY PUFF

Bahan-Bahan

Inti
  • 6 biji ubi kentang - dikupas dan di potong dadu
  • 2 sudu besar rempah kari
  • *1 labu bwg merah
  • *2 ulas bwg putih
  • *1 inch halia
  • 1 tangkai daun kari
  • Bahan2 tumis - Bunga lawang, cengkih segala tuh (aku xsuke, so aku mmg xmasukkan)
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
 *ditumbuk halus

Puff
  • 1 peket puff pastry square jenama 'Kawan'
  • 1 biji kuning telur

Cara-Cara
Inti
  • Tumis bwg merah, bwg putih, & halia sehigga naik bau.
  • Bancuh rempah kari dgn sedikit air dan tumis sehingga masak.
  • Masukkan kentang dan gaul rata.
  • Tambahkan air dan biar kentang empuk seketika.
  • Setelah empuk, perasakan dan sejukkan.

Puff
  • Potongkan puff pastry kepada 2 bahagian.
  • Bahagian 1, diletakkan inti td.
  • Bahagian 2, di kelar melintang @ mcm mane corak yg anda suke..
  • Letakkan Bahagian 2 ke atas bahagian 1, tekan dengan garfu di bahagian hujung tuk mencantumkan kedua-dua bahagian.
  • Sapukan kuning telur dan bakar pada suhu 175C selama 20-30 minit. bergantung kepada oven masing2..

0 comments:

Post a Comment