wit luv

welcome to my blog, feel free to comment below or email me tenggilings@yahoo.com

Tuesday, June 7, 2011

alhamdulillah...

Tuduhan subahat ditarik


SHAH ALAM: Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam daripada tuduhan bersubahat dengan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berhubung salah guna kuasa bagi mendapatkan pemilikan banglo dan tanah di Seksyen 7, di sini, lima tahun lalu.
Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed untuk menarik balik pertuduhan terhadap Hayroni.

Bagaimanapun, Mohtarudin membenarkan permohonan pendakwaan untuk meneruskan pertuduhan terhadap Dr Mohamad Khir dan menetapkan perbicaraan kes ditangguhkan esok. “Dengan perkembangan terbaru bahawa pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan pendakwaan terhadap Hayroni, mahkamah memutuskan untuk melepas dan membebaskan tertuduh (Hayroni),” katanya. Sebaik keputusan, ahli keluarga Hayroni, 52, dilihat berpegangan tangan dan wanita dipercayai isterinya mengalirkan air mata. Ahli perniagaan itu dilihat bergegas meninggalkan kompleks mahkamah dan enggan menjawab pertanyaan media. Mengikut pertuduhan, Dr Mohamad Khir, 46, didakwa memperoleh hartanah di Seksyen 7, di sini, bagi diri dan isterinya, Zahrah Kecik, 46, menerusi Shamsuddin yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.
Tanah dan banglo itu dibeli Dr Mohamad Khir pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu dibeli oleh Ditamas Sdn Bhd pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

sumber: harianmetro, pic uncle google..

alhamdulillah...apa kena mengena aku dgn kes diataskan?
sbnrnya, Datuk Shamsuddin itu adalah bekas majikan aku 2 or 3 tahun lepas..die la yg 1st bagi aku keje pas graduate dulu...bos MAJULIA Group..Ditamas tuh anak beranak Majulia la jugak...memula keje kat sg.long je, pastuh kena transfer g HQ n masuk dept. HR...pastuh die tarik aku g company baru yg die join...memula seconded je, last2 aku kena resign kat Majulia n keje company baru tuh terus...beliau adalah seorang bos yg baik..

mende yg mmg aku slalu ingat psl die, psl xboleh masuk opis sbb pakai fingerscan tuk bukak pintu tuh..jari halus sgt gamaknya, sampai scanner xleh read jari die..slalu aku dr dlm opis kena kuar g reception nak tekan button pintu...alhamdulillah, kebenaran berpihak kepada dia..

0 comments:

Post a Comment