wit luv

welcome to my blog, feel free to comment below or email me tenggilings@yahoo.com

Friday, August 5, 2011

DiRimU bEgItU BeRHaRgA!!!

smlm g melilau kat tenet sbb xde keje yg boleh dibuat + ptg smlm ujan, maka lmbt la aku balik...dr buang masa, aku pun cr la bahan bacaan. jln2 n terjumpe blog ni..

maybe ramai yg da tau pasal ni tp aku br je tau..biase r aku kan mmg suke tertinggal ketapi!!!

menitik air mato den...sian weh...tp sapa sangka kan arini kite sihat esok kite da terlantar..tuh ujian ALLAH wat mereka..tp aku mmg kesian abis la klu kes membabitkan baby ni...

comel kan??

gini kisahnya...

kak moon, saya C&P je la entry anda..senang skit..
 kak moon wrote:
 Those who are still new to this blog here's the summary

Norma is my biras
Age 26 , suffer brain cancer stage 4
Married last year Mac 2010 , lahirkan rafiq bulan Jan 2011
Start sakit masa pregnant 7 bulan .
As soon bersalin terus dia tak boley bangun
The cancerous tumor is 7 cm kat saraf tunjang dia
5 X operation . 2 mon after operation ...tumor tew membesar balik
dah 15X radioterapi tapi tak memberi kesan
she is to weak for kimo
hospital dah surrender
now dia berada di rumah nya at Balakong
(dekat jek ngan umah aku tp aku pun br jek tau)
 nak cite selanjutnya n segala proses rawatan norma tuh, bleh refer link kisah2 norma yg kak moon da compile kan..


dr sihat, cantik, ceria gini..



 dlm masa beberapa bulan je...





mmg sedih weh..br je berumahtangga, ALLAH da bg dorang ujian yg besar..yg paling terharunya sbb si suami sanggup berkorban segalanya tuk isteri tercinta!!hebat sungguh kasih beliau..blum tentu sume org sanggup tau..nak lg br kawen ni..silap2 da g kawen lain..

btul cam kate kak moon, bila mane sume org kata watak si Seth dlm Nora Elena tuh la lelaki paling penyayang n romantik, tp realitinya en.Talib adalah sorang suami yg paling tabah n penyayang!!!

dgn kisah2 norma ni kite dpt tengok betapa hebatnya pengorbanan seorang suami, bapa & juga ibu. ikatan kekeluargaan tuh pun penting bagi pesakit camni..semangat keluarga tuh sedikit sebanyak melegakan pesakit...

well, kuarga aku kan mmg ada salasilah cancer ni..ingat dulu, time nengok arwah nyah sakit..sampai ade bonggol kat blkg die..kesian sgt, tp berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul...

tetibe aku sgt beremosi...T___T

kite maybe xleh nak tlg jaga die kan, but maybe kite leh tlg dr segi yg lain..or at least kite tlg baby rafiq yg xdpt rase kasih ibu dr lahirnya..moga ALLAH merahmati & mengasihani kita semua...amin

CIMB
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif


pic & info credit to kak moon
continue here...

Thursday, August 4, 2011

aku sokong klu PBT wat gini!

Jangan parkir sesuka hati

ZUOKAS menaiki kereta perisai untuk  menggelek kereta Mercedes yang diparkir secara haram.

ZUOKAS menaiki kereta perisai untuk menggelek kereta Mercedes yang diparkir secara haram.

VILNUS: Ini saat menakjubkan bagi seorang datuk bandar yang marah, apabila dia memandu sebuah kereta perisai untuk menggelek sebuah kereta Mercedes kelas S yang dipakir di laluan basikal.
Arturas Zuokas, 43, bertindak drastik selepas berang dengan pemandu yang meletakkan kereta mewah mereka sesuka hati di sekitar bandar raya Vilnus, ibu negara Lithuania.

Dia mengambil pendekatan itu untuk memerangi kereta yang diparkir secara haram dengan memusnahkannya dengan menggunakan kereta perisai tentera buatan Russia.
“Saya mahu memberi mesej kepada mereka yang memiliki kereta besar dan mahal bahawa mereka tidak boleh parkir sesuka hati dan tidak mengendahkan hak pejalan kaki atau penunggang basikal.

“Perbuatan mereka menunjukkan mereka tidak menghormati orang lain dan ia tidak boleh dibiarkan. “Saya berpendapat ini cara untuk menarik perhatian bahawa bandar ini berhasrat untuk menjadi proaktif dalam memerangi mereka yang meletakkan kereta sesuka hati.” Pemilik Mercedes itu dirakam keluar dari sebuah kedai dan mendapati keretanya dimusnahkan oleh seorang pemimpin awam yang berpakaian kemas.

Zuokas kemudian dilihat bersalam dengannya dan memberitahunya supaya tidak meletakkan keretanya sesuka hati sebelum datuk bandar itu menunggang basikal meninggalkan tempat berkenaan selepas menyapu serpihan kaca.
Kenderaan itu kemudian ditarik dan dimusnahkan.

Kejadian itu sebenarnya dirancang oleh Zuokas untuk menunjukkan betapa seriusnya dia dalam memerangi parkir haram.
Ia dirakam untuk disiarkan oleh pegawai majlis bandar raya sebagai pengajaran kepada pemilik kereta mewah seperti Ferrari dan Rolls Royce yang kerap meletak kereta mereka di laluan basikal.

“Apa yang mesti dilakukan oleh pihak bandar raya terhadap mereka yang beranggapan mereka melebihi undang-undang?” soalnya.

“Kereta kebal adalah penyelesaian terbaik.” Jurucakap datuk bandar itu berkata, kereta itu dibawa khas khusus untuk rakaman iklan berkenaan. - Agensi


klu die wat gini kat KL ni, bukan kete2 mahal jek..kete2 murah pun kena gelek skali..org malaysia ni mmg la ramai yg suka parking ikut kepala dorang!!

nak lagi kat kawasan seri kembangan, sg.long n bandar mahkota cheras tuh..senang cite klu kaum2 tertentu la..klu die rase nak berenti beli brg kat kedai tuh,terus stop je xkisah la tgh jalan ke, ade kete kat blkg die ke..mmg slalu wat jln jammed!!!

paling yg aku menyampah, bile die da nmpk jln jammed sbb kete die, tp die bleh wat muke xbersalah sambil makan ba alif ba ya tepi kedai tuh..sengal tul!!
continue here...

Wednesday, August 3, 2011

G.I.L.E.R

u know y the title is G.I.L.E.R???
|
|
|
|
|
|
coz tgh2 ari time berpuasa ni aku craving for BULGOGI..

bukan craving yg skit2 tp tahap da kecur liur..apahal??

aku xtgk gambo bulgogi pun tp tetibe aku mcm teringin sgt2..

pic credit to uncle google

da la nak wat bulgogi memerlukan masa paling kurang 4 jam tuk marinate the meat..xde makna aku nak wat tuk berbuka karang...tp aku sgt terliur!!!!
continue here...

Buffet Ramadhan 2011

Ari ke-3 berpuasa dan aku sedang melilau2 mencari tempat berbuka yang sesuai tuk kuarga ATPN1997.

Da alang-alang aku tgh mencari buffet ramadhan tuk reunion ATPN ni, aku post la skali hasil carian aku kat blog aku ni. tuk sesiapa yang rase mencari2 juge, saya telah memudahkan kerja anda sbb harga yg dipamerkan oleh saya, adalah asli sbb saya da kol dorang tuk check the price okeh.

tuk gathering ni, aku xnak la pilih kat hotel2 sbb kwn2 aku sume, ramai yg da beranak pinak. klu mkn kat hotel2 tuh payah la tuk dorang sbb terikat dgn protokol segala kan..kang kena anak nak membuas kat situ, kite yg pening pale..so, baik pilih tempat yg selesa n sesuai klu bebudak nak main2 pun...senang skit mak2 dorang nak berborak, klu anak2 da g main jauh2..hikhikhik...

ni antara survey yg telah aku buat..budget sume bawah RM60. tp mcm Chakri , branch kat KLCC tuh mahal skit RM75++ rase aku..n kebanyakkan yg tengah KL ni sume harga above RM50. aku xla kisah sgt kat harga tuh sbb aku single mingle tp kesian kat yg da berkuarga tulah..byk plak dorang nak kena kuar blanja nnt. dah la nak raya lagi..

nilah antara hasil carian aku yg maybe berguna tuk korang!

Felda D'saji, Dewan Perdana, Jalan Semarak Kuala Lumpur
Price
Adult: RM52.00 / pax
Child: RM26.00 / pax (6-12years)
         Child: RM10.00 / pax (below 5 years) - Charges for Chair.



Chakri Xpress Restaurant, Alamanda Putrajaya
Price
Adult: RM43.90++ / pax
Child: RM21.90++ / pax (6-12 years)


tuk menu hari2 lain, sila bukak website dorang yer....


Garden Cafe, Alamanda Putrajaya
Price for 3rd week Ramadhan
Adult: RM 49.90++ / pax
Child: RM 24.90++ / pax



Tupai-Tupai (Kuala Lumpur)
Price
Adult: RM52.00 nett / pax
Child: RM26.00 nett / pax

Tupai-Tupai (Bangi)
Price
Adult: RM39.90 nett / pax
Child: RM20.00 nett / pax


Restoran Nelayan, Titiwangsa
Price not include Drinks
Adult: RM35.00 nett/pax
Child: RM17.50 nett / pax (4-12 years)


continue here...

Tuesday, August 2, 2011

Pelajar UIAM ditemui meninggal...

Pelajar Guinea ditemui mati

GOMBAK: Seorang pelajar warga asing menuntut jurusan ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, ditemui mati dalam keadaan mayatnya berbau dan berulat di asrama penginapannya, tengah hari semalam.
 
Mangsa dikenal pasti sebagai Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, dari Guinea, Afrika ditemui tertiarap di asrama Blok D, Kolej Bilal, jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata mangsa mungkin meninggal dunia lebih kurang seminggu lalu.

sumber: harian metro

Firstly, innalillahiwainnailaihirojiun..semoga rohnya dikalangan orang beriman.

2nd, apa student tgh cuti ke hape sampai da seminggu xde sape yg tau??ke xder makhluk Allah ni xda roommate??masyalllah...dia xde kawan ke??kwn2 xcari die ke klu da beberapa ari xjumpe??

pasni kuar r mcm2 cite hantu kat blok D asrama bilal tuh...biase r kan, klu ade kes2 kematian kat tempat tuh, xlama pas tuh ade dgr org menangis la, kena kacau la..segala...padahal xde ape pun...saje nak bg havoc lebih skit..
continue here...