wit luv

welcome to my blog, feel free to comment below or email me tenggilings@yahoo.com

Friday, August 5, 2011

DiRimU bEgItU BeRHaRgA!!!

smlm g melilau kat tenet sbb xde keje yg boleh dibuat + ptg smlm ujan, maka lmbt la aku balik...dr buang masa, aku pun cr la bahan bacaan. jln2 n terjumpe blog ni..

maybe ramai yg da tau pasal ni tp aku br je tau..biase r aku kan mmg suke tertinggal ketapi!!!

menitik air mato den...sian weh...tp sapa sangka kan arini kite sihat esok kite da terlantar..tuh ujian ALLAH wat mereka..tp aku mmg kesian abis la klu kes membabitkan baby ni...

comel kan??

gini kisahnya...

kak moon, saya C&P je la entry anda..senang skit..
 kak moon wrote:
 Those who are still new to this blog here's the summary

Norma is my biras
Age 26 , suffer brain cancer stage 4
Married last year Mac 2010 , lahirkan rafiq bulan Jan 2011
Start sakit masa pregnant 7 bulan .
As soon bersalin terus dia tak boley bangun
The cancerous tumor is 7 cm kat saraf tunjang dia
5 X operation . 2 mon after operation ...tumor tew membesar balik
dah 15X radioterapi tapi tak memberi kesan
she is to weak for kimo
hospital dah surrender
now dia berada di rumah nya at Balakong
(dekat jek ngan umah aku tp aku pun br jek tau)
 nak cite selanjutnya n segala proses rawatan norma tuh, bleh refer link kisah2 norma yg kak moon da compile kan..


dr sihat, cantik, ceria gini..



 dlm masa beberapa bulan je...





mmg sedih weh..br je berumahtangga, ALLAH da bg dorang ujian yg besar..yg paling terharunya sbb si suami sanggup berkorban segalanya tuk isteri tercinta!!hebat sungguh kasih beliau..blum tentu sume org sanggup tau..nak lg br kawen ni..silap2 da g kawen lain..

btul cam kate kak moon, bila mane sume org kata watak si Seth dlm Nora Elena tuh la lelaki paling penyayang n romantik, tp realitinya en.Talib adalah sorang suami yg paling tabah n penyayang!!!

dgn kisah2 norma ni kite dpt tengok betapa hebatnya pengorbanan seorang suami, bapa & juga ibu. ikatan kekeluargaan tuh pun penting bagi pesakit camni..semangat keluarga tuh sedikit sebanyak melegakan pesakit...

well, kuarga aku kan mmg ada salasilah cancer ni..ingat dulu, time nengok arwah nyah sakit..sampai ade bonggol kat blkg die..kesian sgt, tp berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul...

tetibe aku sgt beremosi...T___T

kite maybe xleh nak tlg jaga die kan, but maybe kite leh tlg dr segi yg lain..or at least kite tlg baby rafiq yg xdpt rase kasih ibu dr lahirnya..moga ALLAH merahmati & mengasihani kita semua...amin

CIMB
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif


pic & info credit to kak moon
continue here...

Thursday, August 4, 2011

aku sokong klu PBT wat gini!

Jangan parkir sesuka hati

ZUOKAS menaiki kereta perisai untuk  menggelek kereta Mercedes yang diparkir secara haram.

ZUOKAS menaiki kereta perisai untuk menggelek kereta Mercedes yang diparkir secara haram.

VILNUS: Ini saat menakjubkan bagi seorang datuk bandar yang marah, apabila dia memandu sebuah kereta perisai untuk menggelek sebuah kereta Mercedes kelas S yang dipakir di laluan basikal.
Arturas Zuokas, 43, bertindak drastik selepas berang dengan pemandu yang meletakkan kereta mewah mereka sesuka hati di sekitar bandar raya Vilnus, ibu negara Lithuania.

Dia mengambil pendekatan itu untuk memerangi kereta yang diparkir secara haram dengan memusnahkannya dengan menggunakan kereta perisai tentera buatan Russia.
“Saya mahu memberi mesej kepada mereka yang memiliki kereta besar dan mahal bahawa mereka tidak boleh parkir sesuka hati dan tidak mengendahkan hak pejalan kaki atau penunggang basikal.

“Perbuatan mereka menunjukkan mereka tidak menghormati orang lain dan ia tidak boleh dibiarkan. “Saya berpendapat ini cara untuk menarik perhatian bahawa bandar ini berhasrat untuk menjadi proaktif dalam memerangi mereka yang meletakkan kereta sesuka hati.” Pemilik Mercedes itu dirakam keluar dari sebuah kedai dan mendapati keretanya dimusnahkan oleh seorang pemimpin awam yang berpakaian kemas.

Zuokas kemudian dilihat bersalam dengannya dan memberitahunya supaya tidak meletakkan keretanya sesuka hati sebelum datuk bandar itu menunggang basikal meninggalkan tempat berkenaan selepas menyapu serpihan kaca.
Kenderaan itu kemudian ditarik dan dimusnahkan.

Kejadian itu sebenarnya dirancang oleh Zuokas untuk menunjukkan betapa seriusnya dia dalam memerangi parkir haram.
Ia dirakam untuk disiarkan oleh pegawai majlis bandar raya sebagai pengajaran kepada pemilik kereta mewah seperti Ferrari dan Rolls Royce yang kerap meletak kereta mereka di laluan basikal.

“Apa yang mesti dilakukan oleh pihak bandar raya terhadap mereka yang beranggapan mereka melebihi undang-undang?” soalnya.

“Kereta kebal adalah penyelesaian terbaik.” Jurucakap datuk bandar itu berkata, kereta itu dibawa khas khusus untuk rakaman iklan berkenaan. - Agensi


klu die wat gini kat KL ni, bukan kete2 mahal jek..kete2 murah pun kena gelek skali..org malaysia ni mmg la ramai yg suka parking ikut kepala dorang!!

nak lagi kat kawasan seri kembangan, sg.long n bandar mahkota cheras tuh..senang cite klu kaum2 tertentu la..klu die rase nak berenti beli brg kat kedai tuh,terus stop je xkisah la tgh jalan ke, ade kete kat blkg die ke..mmg slalu wat jln jammed!!!

paling yg aku menyampah, bile die da nmpk jln jammed sbb kete die, tp die bleh wat muke xbersalah sambil makan ba alif ba ya tepi kedai tuh..sengal tul!!
continue here...

Wednesday, August 3, 2011

G.I.L.E.R

u know y the title is G.I.L.E.R???
|
|
|
|
|
|
coz tgh2 ari time berpuasa ni aku craving for BULGOGI..

bukan craving yg skit2 tp tahap da kecur liur..apahal??

aku xtgk gambo bulgogi pun tp tetibe aku mcm teringin sgt2..

pic credit to uncle google

da la nak wat bulgogi memerlukan masa paling kurang 4 jam tuk marinate the meat..xde makna aku nak wat tuk berbuka karang...tp aku sgt terliur!!!!
continue here...

Buffet Ramadhan 2011

Ari ke-3 berpuasa dan aku sedang melilau2 mencari tempat berbuka yang sesuai tuk kuarga ATPN1997.

Da alang-alang aku tgh mencari buffet ramadhan tuk reunion ATPN ni, aku post la skali hasil carian aku kat blog aku ni. tuk sesiapa yang rase mencari2 juge, saya telah memudahkan kerja anda sbb harga yg dipamerkan oleh saya, adalah asli sbb saya da kol dorang tuk check the price okeh.

tuk gathering ni, aku xnak la pilih kat hotel2 sbb kwn2 aku sume, ramai yg da beranak pinak. klu mkn kat hotel2 tuh payah la tuk dorang sbb terikat dgn protokol segala kan..kang kena anak nak membuas kat situ, kite yg pening pale..so, baik pilih tempat yg selesa n sesuai klu bebudak nak main2 pun...senang skit mak2 dorang nak berborak, klu anak2 da g main jauh2..hikhikhik...

ni antara survey yg telah aku buat..budget sume bawah RM60. tp mcm Chakri , branch kat KLCC tuh mahal skit RM75++ rase aku..n kebanyakkan yg tengah KL ni sume harga above RM50. aku xla kisah sgt kat harga tuh sbb aku single mingle tp kesian kat yg da berkuarga tulah..byk plak dorang nak kena kuar blanja nnt. dah la nak raya lagi..

nilah antara hasil carian aku yg maybe berguna tuk korang!

Felda D'saji, Dewan Perdana, Jalan Semarak Kuala Lumpur
Price
Adult: RM52.00 / pax
Child: RM26.00 / pax (6-12years)
         Child: RM10.00 / pax (below 5 years) - Charges for Chair.



Chakri Xpress Restaurant, Alamanda Putrajaya
Price
Adult: RM43.90++ / pax
Child: RM21.90++ / pax (6-12 years)


tuk menu hari2 lain, sila bukak website dorang yer....


Garden Cafe, Alamanda Putrajaya
Price for 3rd week Ramadhan
Adult: RM 49.90++ / pax
Child: RM 24.90++ / pax



Tupai-Tupai (Kuala Lumpur)
Price
Adult: RM52.00 nett / pax
Child: RM26.00 nett / pax

Tupai-Tupai (Bangi)
Price
Adult: RM39.90 nett / pax
Child: RM20.00 nett / pax


Restoran Nelayan, Titiwangsa
Price not include Drinks
Adult: RM35.00 nett/pax
Child: RM17.50 nett / pax (4-12 years)


continue here...

Tuesday, August 2, 2011

Pelajar UIAM ditemui meninggal...

Pelajar Guinea ditemui mati

GOMBAK: Seorang pelajar warga asing menuntut jurusan ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, ditemui mati dalam keadaan mayatnya berbau dan berulat di asrama penginapannya, tengah hari semalam.
 
Mangsa dikenal pasti sebagai Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, dari Guinea, Afrika ditemui tertiarap di asrama Blok D, Kolej Bilal, jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata mangsa mungkin meninggal dunia lebih kurang seminggu lalu.

sumber: harian metro

Firstly, innalillahiwainnailaihirojiun..semoga rohnya dikalangan orang beriman.

2nd, apa student tgh cuti ke hape sampai da seminggu xde sape yg tau??ke xder makhluk Allah ni xda roommate??masyalllah...dia xde kawan ke??kwn2 xcari die ke klu da beberapa ari xjumpe??

pasni kuar r mcm2 cite hantu kat blok D asrama bilal tuh...biase r kan, klu ade kes2 kematian kat tempat tuh, xlama pas tuh ade dgr org menangis la, kena kacau la..segala...padahal xde ape pun...saje nak bg havoc lebih skit..
continue here...

Friday, July 22, 2011

OKU tak sedar diri!

pic credit to uncle google

Susu dulu sebelum buang anak

KOTA TINGGI: Selepas menyusukan dan meletakkan bayi baru dilahirkannya di belakang rumah didiami bersama keluarga di Teluk Sengat di sini, seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 23 tahun dikatakan sanggup membuat helah mengejutkan ibunya dengan memberitahu terdengar tangisan bayi, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, ibu wanita berkenaan panik terus mengejutkan suaminya sebelum mereka menemui bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dalam keadaan bogel di tepi longkang rumah mereka. Bagaimanapun, helah wanita OKU berkenaan yang mengalami kecacatan di kaki dan mata akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis, kira-kira jam 8 malam di rumah keluarganya selepas dipercayai terbabit melakukan perbuatan itu. Difahamkan, kejadian itu kali kedua wanita berkenaan melahirkan bayi luar nikah hasil hubungan haramnya dengan teman lelakinya warga Nepal selepas dua tahun lalu turut melahirkan bayi luar nikah hasil hubungannya dengan seorang lelaki warga Indonesia.

Menurut wanita itu, dia melahirkan bayi berkenaan seorang diri kira-kira jam 12.30 tengah malam dalam bilik tidur di rumah keluarganya.

“Ibu bapa saya tidur di bilik sebelah manakala adik bongsu pula di ruang tamu tidak menyedari kelahiran berkenaan.

“Sejurus selepas bersalin, saya sempat menyusu dan mendakap bayi saya sebelum senyap-senyap keluar ke belakang rumah lalu meletakkan bayi itu di tepi longkang rumah,” katanya, semalam.

Difahamkan, ketika ditemui, bayi berkenaan masih bertali pusat selain dipenuhi kesan darah sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.
Menurut wanita itu, ketika polis dan kakitangan perubatan tiba di lokasi kejadian, dia yang memakai jean turut membantu membersihkan semut pada muka bayinya itu.

“Keluarga tidak mengetahui saya hamil kerana biasanya keluar rumah seawal jam 5 pagi untuk bekerja di sebuah kilang di Ulu Tiram sebelum pulang pada lewat malam.

“Pada masa sama, saya turut memakai pakaian bersaiz besar bagi mengelak tembelang hamil anak luar nikah diketahui keluarga,” katanya.

Katanya, ini kali kedua dia melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya warga Nepal manakala anak luar nikah pertamanya lahir hasil hubungan dengan seorang lelaki warga Indonesia diserahkan kepada satu keluarga untuk dipelihara.

Pengarah HKT, Dr Maslina Yusof ketika ditemui mengesahkan bayi itu dilaporkan dalam keadaan sihat dan diberi rawatan antibiotik bagi mengelak sebarang jangkitan.

“Bayi lelaki berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas rawatan selesai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita berkenaan.

“Wanita terbabit direman empat hari hingga Ahad ini dan sudah dihantar ke HKT untuk rawatan perubatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.

sumber: Harian Metro

Masyallah, ape la nak jd???ni lah org kate "dah la rupe buruk, perangai pun buruk!"
ALLAH da tarik sedikit nikmat die, tp xsedar diri lg..sendiri da jd OKU pastuh lahirkan anak luar nikah..g buang plak!siap berlakon cam xbersalah..ape la punye xsedar diri manusia sorang ni??

xtau nak kate ape la dgn org gini..kita doakan kan je lah moga ALLAH ampuni dosa beliau dan ALLAH memberikan peluang tuk beliau bertaubat. Amin
continue here...

Friday, July 15, 2011

HuJaN oH hUjAn, KeNaPa EnGkaU tUrUn?


sila bace tajuk tuh cam lagu katak panggil hujan yer... hahaha

Tetibe byk plak n3 tuk arini kan??sbb nye aku xbuleh balik lg..time dtg keje hujan, nak balik pun hujan..so, duduk la kat opis ni tunggu sampai ujan berenti...

hujan mmg lebat sgt arini..jam br kul 6.30 tp da mcm kul 8 mlm..xcaya??scroll bwh tgk...
|

|

|

|

|

|





jem jgn ckp la..bersusun kete kat jln bwh tuh..klu aku yg dok dlm kete tuh mesti da hangin...lenguh tuh kaki..

tp 1 je yg aku nyampah bile sejuk2 gini kan, perut aku mula la berdondang sayang..jap lg wat lagu rock plak...adoyaiiiiii..lapoooooo!!!

hmmm, tekak mcm nak mkn mende panas...nak mkn kat TCRS ke Secret Recipe ke??TCRS je sudeeeeyyyy....klu kat secret recipe karang, hancus diet aku!!



Order Noodle Meal tuh mcm byk sgt tp xpelah sbb mcm lame lg je nak kena bertapa kat opis ni...LAPOOOOOOORR!!!
jom kite turun ke mall sebelah....

***update:

dan inilah hasil rembatan mkn mlm saya:

 Prime Honey BBQ Chicken Noodles


sblm sup dituang..

hasil nya...

Nyonya Pai Tee


Famous Kuching 3 Layer Tea

ade korang nmpk 3 layer die??camno nak nmpk, dah die bg aku dlm cwn kertas!!!

aku dpt Rainbow Delight Dessert, tp xkose aku nak snap..xde rainbow pun...huh..

Sume ni aku bungkus, mkn kat opis sambil update blog..
Total = RM 17.05

Burrrrkkkkk, alhamdulillah..kenyang dah perut aku.

continue here...

KaKitAnGaN BoMBa yg BoDoh!!!

aku sgt marah dgn staff bomba yg xde keje nak buat ni..bukan sume hanye sorang ni jer..rugi plak xsempat berkenalan dgn die..klu x, mau aku wat repot psl die ni..

gini citenye, pagi td time nak g keje dlm kul 10pg bih kuang, cam biasa r aku merempit..masa lalu kat MRR2, pagi td kan hujan [sbb tulah aku lmbt masuk opis..wat cam opis bapak sendirik yer.. :D]...aku kat tgh2 antara lane kanan dgn lane tgh...

gambaran bagi senang paham sikit..

sampai kat area depan kompleks hijau kat kg.baru cheras ni, adelah 4WD BOMBA ni dari lane tengah, bagi signal kanan n terus belok tanpa tengok aku yg sedang mengalami kebasahan tahap 2 ni..tau ke tahap 2 tuh camno? ala, bile mane kaki & belah depan badan basah..n masih buleh diselamatkan oleh raincoat tuh!!hahhahaha

sengal, ada ke patut bagi signal terus je pusing stereng tuh tp aku sempat la ngelak ke kanan n brek...



aku brek tuh da sama sampai sebelah pemandu die..maknanye ape??maknanya, klu aku xelak mmg aku da kena seret dgn die lorrr...

sbb die da membahayakan aku, aku pandang driver n n tunjuk F*CK kat muke die...dan aku terus berlalu pergi..alhamdulillah aku x accident..bg aku cukup sampai disitu..malas nak pk walaupun nyakitkan ati!!!tp tidak die yg telah mendpt penghargaan terbaik dr aku...kikikiki

alih2 ptg ni kul 4:18 pm aku dpt kol dr no. 0392217395 dan die nak cr pasal dgn aku..nak gertak takutkan aku ke hape??tp ade aku kesah??da la dgn bahasa & nada yg mmg la cukup "indah" die pakai kan..siap bg full details sume..nama penuh aku dgn alamat segala.

tp aku malas nak layan ckp die pjg2, n terus letak fon..ok fine, die dpt name dgn address aku sbb die menggunakan details yg die dpt dr no.plat moto aku walaupun details lame kan..tp camne die bleh dpt no.hp aku??aku mmg xpuas ati bile kakitangan kerajaan ni menyalahgunakan kuasa dgn amik details aku sume sbb nak wat keje xberfaedah!

ko ingat susah sgt ke aku nak detect no. yg ko pakai tuh???dah la menyalah gunakan tepon pejabat tuk urusan peribadi..die gunakan no. balai ni:-

 Balai Bomba dan Penyelamat Pusat, Kuala Lumpur
 Jalan Hang Tuah,
 55200 Kuala Lumpur

n bile aku kol balik, berlaku la perbualan yg agak sengal bg aku yg mendengarnye ni...

Bomba  : Hello, Balai bomba.
Aku       : Kat mane ni ek?saya dpt call dr no. ni.
Bomba  : [diam sekejap]Kita dpt repot, kita akan siasat.
Aku       : aik, ape kena mengena dgn saya pulak?ni kat mane ni?
Bomba  : ni bahagian siasatan, kita dpt repot dari no. plat.
Aku       : no. plat ape plak ni?ni jabatan mane ni?
Bomba  : P.O.L.I.S, kita akan siasat.
Aku       : [walaupun nak gelak sbb terang2 dia menipu, aku jwb jugak dgn sopan] ok, terima kasih.

aku tanye kat mane ni sbb aku dpt kol dr no. dorang kan, dan dan tulah org yg angkat fon tuh kate kite dpt repot dr no. plat n nnt kita siasat...ape kehalnya tetibe dok sebut kita akan siasat sepuluh kali??aku xkenalkan diri pun lg...bodoh x??siap nak menyamar jd polis lg tuh..aku pijak nnt br tau...hihihihi

ape skrg bomba da tukar profession jd polis or JPJ ke??xcukup dah keje nak dibuat???grrrrrr.....

tahun lepas mslh dgn askar n tahun ni dgn BOMBA pulak...hampeh tul la!!!ape ke anti sgt aku dgn badan uniform ni sampai kena selalu ade mslh dgn dorang?dush dush dush..

so, skrg aku tunggu ape lg die nak wat..lelebih kang aku wat je polis repot, abis citeeeeee.. :D
continue here...

Thursday, July 14, 2011

LaMe TaK UpDatE fB..aPaKaN pULaK la bLoG!!


lame dah aku xsempat nak beronggeng di fb..nak update blog lagi la..nak wat hobi kesukaan aku iaitu masak2 pun xberkesempatan..rase2nye bulan lepas kami sekuarga byk giler mkn kat luar dr msk kat umah...

alkisahnya....

sebulan yg lepas kami sekeluarga sibuk dgn problem abang aku & wife die ni..berulang alik hampir setiap hari ke puchong...penat xterkata la...bergegas balik dr opis, siap2 bertolak ke puchong pulak..leh bayangkan x???penat tp sbb adik beradik ade mslh kan, xleh la nak berkira..tlg mane yg mampu...aku malas nak cite pjg tp dorang sepakat amik haluan masing2..bile da jd gitu, macam2 mslh lain pulak nak di uruskan..abg aku kan sewa kedai n bukak kedai dobi, n bebaru ni owner kedai tuh da bertukar..owner br suh abg aku byr deposit baru pulak padahal da byr dgn owner lame dulu..sbb owner xnak bih kuang, die decide berpindah..so kena la berpindah ke kedai lain..n bile pindah kedai tuh dlm 2 minggu, ade mslh lain la pulak sampai aku mmg jd kuang ajar dgn org tua..sbb tulah la kat fb status aku asik2 marah2 jek...dan malam tuh jugak ade org yg makan penyepak kaki size 9 aku ni...dah aku kate jgn duga kesabaran aku tp nak jugak ckp mcm2 lg..rasakan..dah la, malas nak ingat mende yg menyakitkan ati aku!!!

so, berpindah lg skali..tp yg haru nye, time ni xde org pun nak tlg pindah..adik lelaki aku kat melaka n abg kuar kluar g mana ntah, padahal kiteorg dtg nak tlg pindah brg2 kedai die tuh..yg ade aku, nanie, epul, mama n daddy..mujur ade abg lori yg sgt baik tuh..die tlg skali angkat brg tuh n bukan tunggu kat lori jek..


so, skrg budak berdua seperti dlm gamba diatas da duduk dengan family aku sepenuh masa sbb nya papa n mama dorang da bwk haluan masing2..sbb xnak masa depan bebudak ni huru hara, aku dgn family decide biar la kiteorg je yg bela dieorg..so skrg dorang mmg duduk umah aku..sedih owh bile tengok dua beradik ni...

setiap ari bile dgr bunyi moto aku time balik keje, abg berdiri depan pintu xmau kasi aku masuk dulu sbb umah bersepah..takut nak tgk aku bertukar jd monster la tuh...pastuh adik plak dtg depan pintu sbb nak suh bwk dorang g jenjalan..bebudak kan..ape yg die tau selain main2 dan berseronok..so skrg, aku kena bergegas dr opis dan bwk dorang g taman..main buaian dan pusing taman dgn beskal...klu xg taman pun bwk jalan2 pusing jusco...ari2 aku g jusco, mcm aku mmg ade punch card kat situ gamaknya..tp xpelah asalkan dorang seronok..

1 ptg tuh, aku bwk dorang g taman, pastuh si abg kate nak mkn kfc...aku bwk la g kfc..si adik da merengek nak naik troli mainan kat jusco tuh..aku malas nak tinggal lesen n pinjam troli tuh sbb nak g kfc je kan...tp die tarik2 tangan aku sambil nangis..sbb da lama die nak naik troli tuh, tp asal aku nak g amik, troli tuh da abis..

aku ikutkan jugak la..amik troli n masuk kfc..abg xnak bungkus, nak mkn kat situ katenye, aku g la order..adik xmau kuar dr troli tuh..mkn pun dlm troli tuh..


ni la rupe budak ni dlm troli kat kfc tuh...dgn xmandi lg nye, haish...

ade la mende yg aku order xsiap lg..maka terjadi la perbualan diantara 2 budak kaunter kfc...

Staff A: "byk lg ke yg xde?"
Staff B: "bg la yg tuh dulu, kang aku anta yg lain ni, kesian kat anak kakak tuh dah tunggu..."
Aku    : tengok bebudak kfc tuh dgn muke blur sambil berfikir bile plak aku beranak??kawen pun x lg!!!!!!!!

aku ckp dgn danish, abis la jatuh saham mak ngah bawak korang berdua ni..org ingat korang anak mak ngah pulak..da la mmg mak ngah nyer size mcm mak org  kan....n tau ape jwpn die??
"mak ngah kan sayang abg dgn adik...Abg dgn adik pun sayang mak ngah..."
ape lg yg aku buleh ckp klu die da jwb gitu...

pas balik dr jusco, time aku nak mandi tuh la die nak masuk gak dlm toilet nak mandi pool katenye..maka kena la aku isi air dlm pool tuh n biar dorang main air..sila imagine sendiri camne aku nak mandi, bebudak ni nak main air dgn pool besar terbentang dlm toilet bilik aku tuh...hahahhahha

so, skrg aku mmg xde masa tuk diri sendiri pun..semedang je busy dgn bebudak ni...mandi dgn aku, makan dgn aku, kat mane kite duduk situ jugak die nak main...yg si adik tido pun nak dgn aku...xnak g tido dgn papa die..dgn nenek pun xmau...so, bile bangun pagi aku kena bersiap slow2 sbb xmau die terjaga..kang terjaga kang payah la aku nak g keje..kena wat adegan berpaut kat kaki aku sambil melalak plak pepagi tuh..penyudahnya kena bwk seround dulu br leh g keje..bertambah lambat la aku nak sampai opis..
continue here...

aLHaMduLiLLaH...bertemu juga!!



da nak masuk ramadhan dah lg skali kan...alhamdulillah..aku bersyukur sangat ALLAH bg kesempatan dan kesihatan yg baik tuk kita menjalankan ibadah ni lg skali tahun ni kan..



alhamdulilah jugak sbb aku da siap2 ganti puasa time syawal dulu..xlah kelam kabut nak marathon ganti puasa bile bulan sya'ban menjelma...skrg ni pun berapa ramai yg update status sdg berpuasa kan??tp xkisah la, ganti cepat ke lambat ke, janji berganti kan..cume aku mmg suke ganti awal2...sbb aku ni kan pelupa ya amat..kang ingat2 lupe lak brape ari aku dpt cuti time ramadhan tuh klu nak ganti lambat2 ni..supaya aku senang ati, maka aku ganti la dlm bulan syawal tuh jugak...xkira la klu mak aku sibuk nk g beraya pun, aku nak puasa jugak..

yg aku ingat tahun lps, aku puasa nak dekat 2 minggu gak dlm bulan syawal tuh...direct 2 minggu sbb aku wat dgn puasa sunat 6 skali...ramai suh aku skali kan je niat tuh tp aku rase xbest la nak skali kan sbbnya, 1 tuh puasa wajib n 1 puasa sunat..so, aku wat asing2..tuh yg kena puasa lama tuh...org sibuk makan kuih raya kat opis n aku masih berpuasa..tp ade aku heran dgn kuih raya tuh sume??

klu time nak dekat bulan puasa ni kan, aku mesti teringat kat mek lily..kwn time study dulu n skrg da jd mama kpd safiyya n isteri kpd pok nik [nik nadzim kot name die]...mek lily ni klu time2 gini, die mmg kena wat marathon ganti puasa...sokmo xlarat minah ni..n klu die puasa mmg lembik abis la keadaan die, nak jalan pun xlarat gamaknya..nmpk mesin jual air tin tuh pun die bleh terliur..nampak lift lg lah, nak melekap je muke die kat lift tuh sbb sejukkan besi lift tuh kena aircond..jatuh kesian bila kita nengoknyer...mek ly, mu wat gitu g ke pas kawen ni??

sedih tau, rejab rituh aku xsempat nak puasa..byk nah agenda sampai terlupa nak puasa...hampehkan??puasa sunat rejab dapat sehari jek..n puasa sunat sya'aban lg la..masuk je sya'ban aku angkat bendera jepun..camno???tp aku nak jugak wat puasa sya'ban, akan ku usahakan nnt..

anyway, aku nak ucapkan selamat berpuasa bagi kawan2 yang sedang mengganti puasa n selamat menyambut ramadhan bagi semua muslimin dan muslimat yer..aku ucap in advance sbb nak nunggu aku update pun sgt lama kan..silap2 kang da nak raya br aku sempat nak update..fb pun da lama xbukak...bz skrg ni..next n3 aku cite nape aku bz giler lately..
continue here...

Monday, June 27, 2011

aku yg dilambung kerinduan...

lagi skali tajuk xde kena mengena dgn n3..aku tetibe suke nak tulis ayat tuh...

kali ni nak update pasal wedding anak buah saya, fatimah zahra a.k.a adek ara!

inilah pengantinnye..

nikah ari sabtu pas zohor ke asar ek?da lupe...so, jumaat mlm kiteorg berkampung la kat umah die..aku tlg part2 bilik dgn antaran jek, lain xusik...

time kenduri adik saya, nanie..die da tanye pasal nak tlg wat antaran..saya ni xla berseni sgt tp buleh la sekadar nak wat antaran tuh..n saya xmengenakan ape2 upah pun kepada beliau, duit bunga2 n brg2 je saya charge..yg lebih2 saya sponsor sudah..kate nolong sedara kan?!
maka antaran die saya lah yg settle kan...

Die bg list 11 dulang antaran, tema coklat gold...so inilah hasil yg saya buleh buat..sebulan sebelum kenduri antaran ni da siap, maklum la aku wat sikit2 pas blk keje, so kena wat awal2..tp xsangka la sebulan sebelum da ready...tp tuk coklat, buah, kek sume jumaat mlm sebelum ari nikah tuh br aku wat..
  • Sireh Junjung 
ikut plan asal, aku mmg x wat sireh..tp mlm jumaat tuh die kate org yg nak wat tuh xsempat wat..so, esok pagi nye tuh aku tlg la orderkan..tu yg bunga lg byk dr sireh..pengantin da xterbuat sume mende..
  • Set Wangian
  • Set Pakaian
  • Set Belt & Wallet
  • Kasut
  • Set Solat (Sejadah n kain pelikat)
Kat umah lain aku decorate kain ni, bile da bg sejadah, lain plak aku tukar ikatan kain ni..yg ni aku mmg xpuas ati!
  • Set Mandian & Tuala
  • Buah-Buahan
ikut plan, pengantin yg kena beli buah n jumaat mlm aku tlg susunkan je..alih2 die lupe nak beli..aku kate xpelah, pepagi sabtu tuh aku lari g pasar beli jap..sbb nak kena order sireh skalikan...so aku kaut je la buah yg ade..xpk pun!
  • Chocolate
  • Kek
  • Bunga Rampai

xtau la mahal ke murah tp tuk 10 dulang antaran ni, reben, polysterin, bunga, manik, bakul, bowl & lain2 kosnye RM245.00..sireh RM30.00..yg lelain aku kira halal jek..malas nak kira..

sila take note, segala decoration bilik pengantin ini adalah hasil tangan saya yg xberseni..simple jek sbb saya xtau plak xde org nak tlg adek ara handle bab ni..maka saya adik beradik dgn berbesar ati membantu beliau...



nikah 28/05/2011 


malam berinai, tema purple..
die ade wat persalinan tuh segala, tp den xlarat dah nak snap, letih gamaknya dr siang berkerja...

reception, tema coklat gold..

pengantin lelaki nye pemalu org eh + pendiam plak tuh...

inilah teman pak lang tuk ari kejadian sbb mak lang da tinggalkan pak lang tuk jd pengapit...sian pak lang xde teman!



inilah gaya photographer pemalas nak bangun..setengah je di snap nyer..siapakah gerangannya?aku lah tuh!!

muhammad danish dgn senyuman gusi beliau!

kak mila d mak andam..mak andam tuk kenduri nanie jugak dulu...senang nak cite dgn kak mila ni...n sbb sume org panggil aku mak ngah, kak mila pun panggil mak ngah gak..




keluarga si pengantin..omak eh, sepupu den..maka anak eh anak buah den ko??ontah la..
gambo ni abg danish haikal yg snap...cantek kan??

dek sobab kuargo da bosa kan, den yg muda belia ni da dpt pangkat nenek..ya ampun!!mujur si aliff anak si watie, xpanggil aku nenek..die panggil mak ngah aje...klu x???jatuh saham den...
continue here...